Tag Archives: Joke

Top 100 one liner that fits in ur Twitter!

I think the title is pretty self explanatory. Here’s my favourite excerpt from the link.

#47. Crowded elevators smell different to midgets.

Thanks Neatorama!

Be careful what you wish for

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat Si kaki botol, Si playboy dengan Si smoker, berjalan dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk mencari pengalaman dan memenuhi interest masing-masing. Semasa dalam perjalanan mereka telah menemui sebuah teko ajaib. So dengan tak sabar dan penuh konfiden Si kaki botol pun terus menggosok-gosok teko ajaib tersebut dengan harapan akan keluar seekor jin dari teko ajaib tersebut. Sudah namanya pun teko ajaib maka keluarlah seekor jin  sambil ketawa macam orang gila. Maklunlah baru terlepas dari dalam teko, kira celebrate la ni.

Maka berkatalah jin tersebut kepada 3 orang mamat ni “Thank you so much sebab membebaskan aku dari dalam teko ni dan sebagai balasannya setiap seorang akan aku tunaikan permintaannya.” Si kaki botol pun apa lagi dengan gelojohnya berkata” Bagi aku semua jenis alcohol yang ada kat dalam dunia ni pastu letakkan aku dalam sebuah gua dan datang balik untuk bukak pintu gua ni selepas 10 tahun. Kemudian giliran Si playboy untuk mintak hajatnya….”Aku nak banyak perempuan dan semua mesti hot, cun dan seksi. Kemudian letakkan aku dalam sebuah gua dan ko datang balik selepas 10 tahun. Si smoker plak mintak semua jenis rokok yang terdapat kat pasaran dan sama seperti kawannya yang dua orang tu, dia juga mahu diletakkan didalam sebuah gua selama 10 tahun. Setelah selesai jin tersebut pun menunaikan hajat mereka bertiga.

Selepas 10 tahun jin tersebut kembali untuk membuka pintu gua seperti mana yang telah dijanjikan. Dia pun membuka pintu yang pertama Si kaki botol. Lalu keluarah Si kaki botol dari dari dalam gua dengan perut yang sangat buncit dan berjalan terhoyong-hayang macam orang mabuk todi. Dia terus rebah dan mati on the spot kerana minum terlalu banyak alcohol. Pintu gua kedua pula dibuka dan keluarlah Si playboy dari dalam gua. Dia kelihatan sangat lemah dan berjalan pun terbongkok-bongkok. Dia juga rebah lalu mati di tempat kejadian kerana terlalu banyak mengadakan hubungan seks. Dan tibalah pintu gua terakhir untuk dibuka, pintu gua Si smoker. Setelah pintu gua di buka Si smoker pun keluar dan berjalan dengan begitu steady skali. Dia terus berjalan kearah jin tersebut dan apabila sampai dihadapannya dengan muka yang merah menyala Si smoker terus menampar muka si jin lalu berkata……”Apasal la ko ni bodoh sangat, bagi aku rokok tapi tak bagi lighter. Macam mana aku nak cucuh rokok kalau takder lighter. Mangkuk ayun punya jin!!!!!

Posted By: kipas-susah-mati

Aku yang paling terer!

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak yang tengah lepak dan kelihatan begitu keboringan. Maka secara spontan, salah seekor daripada mereka pun mencadangkan untuk mengadakan satu pertandingan nak tunjuk sapa paling terer. So memandangkan malam yang begitu membosankan maka kedua-dua ponrianak itu pun bersetuju tanpa berfikir panjang.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang sepantas kilat dan tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh berlumuran darah, rambut pun dah macam roti kirai, sungguh menyeramkan. Lalu dia berkata : “korang nampak kampung kat sebelah bukit sana tu ?” Maka pontianak yang lain tu mengangguk, “Iya, nampak.” Satu kampung tu…habiissss gua kerjakan!!!!” Berbulu jugak dua ekor pontianak tu dengan keangkuhan si pontianak muda ni.

Kini tibalah giliran pontianak yg kedua pulak. Dia pun dengan sekelip mata terus pergi dan tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan darah yng bercucuran, rambut toksah cakap la…Lalu dia bersuara “korang nampak Bandar tu ?”, katanya dengan muka yg kerek. “Iya, nampak”, yang dua tu mengangguk . “Satu bandar tu habiiissssss semua aku balun!!!”, kata pontianak yg kedua ni sambil ketawa seram,” ha ha ha hah”.

Pontianak yang paling veteren apa lagi bertambah panas la telinga mendengar, dia pun nak show off jugak. Mesti nak tunjukk skill, takkan nak biarkan diaorang menang tanpa bertanding macam pilihanraya umum kot. Dia pun apa lagi terus terbang dengan gaya superman nyer. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan darah di mukanya meleleh non-stop…rambut dia pun banyak darah. Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, “gilaa amat lah dia ni tak sempat kita nak duduk lagi dia dah balik, memang dialah  paling terer”.

Sambil mengosok gosok idongnya yand berdarah pontianak tu pun berkata , “korang nampak tak tembok batu tu ?” “Nampak ! Nampak!”, kata yang 2 ekor tu… “Err…….aku tak nampak tembok tu tadi”.

Posted By: kipas-susah-mati